Friday, 14 February 2014

16 Ciri Lelaki Telah Beristeri, Yang Mungkin Mendekati Anda !

Ada ramainya lelaki di dunia ini, ada yang single, ada yang sudah beristeri, ada yang sudah beristeri tapi mengaku masih single. Jadi,jangan sampai anda terjebak dengan lelaki beristeri yang mengaku single. Untuk itu, anda harus tahu ciri-ciri mereka.

1. PAKAI CINCIN KAHWIN
Ini tanda yang paling basi. Bila melihat dia sudah bercincin kahwin, abaikan perasaan anda.Tu dia, pertemuan boleh dibina dengan sesiapa saja. Tidak ada cincinnya? Cuba perhatikan lagi apakah ada lingkar bekas cincin di sana, boleh jadi dia baru saja melepaskan cincin kahwinnya.

2. CENDERUNG MATCHING
Pada lelaki yang sudah berkeluarga, biasanya dia terlihat lebih teratur dan matching dalam hal berpakaian. Sebab, dia sudah memiliki orang yang mengurusnya.

3. TAHU MANNER
Lelaki beristeri tahu betul bagaimana membuat cara menawarkan diri untuk menjemput, membayar makan malam, bahkan membuat perempuan merasa tersanjung, dan dihormati kerana sudah terlatih.

4. TIDAK MENGENALKAN TEMANNYA
Anda kenal teman-temannya? Tidak satu pun? Sejak mengenalnya sampai sekarang, Anda tidak pernah dikenalkan pada teman-temannya. Setiap kali  Anda menanyakan nama teman-temannya, dia akan mengaku lupa. Lelaki yang sudah menikah tidak akan mengenalkan Anda pada teman-teman dekatnya, apatah lagi keluarganya.

5. NO WEEKEND
Dia selalu punya alasan untuk tidak pergi bersama Anda saat akhir pekan. Cubalah menelefonnya pada akhir minggu pukul 10.00. Walaupun dia menjawab telefon, nada suaranya tidak seperti biasanya. Sudah jelas, ini adalah signal bahwa dia menemani isteri (bahkan mungkin anak-anaknya) di akhir pekan. Dia lebih sering mengajak Anda di malam hari pada jam kerja.

6. GAYA TELEFON DATAR
Anda mendapati dia menjawab telefon dengan kalimat sepotong-sepotong dan datar, berbeza jika dia menerima telefon dari temannya atau Anda. Biasanya, komunikasi gaya ini terjadi pada pasangan suami isteri yang sudah lama menikah, tidak perlu basa-basi lagi.

7. MELAKUKAN TELEFON REGULAR
Dia akan menerima dan mengirim SMS atau telefon pada jam makan siang, termasuk ketika bersama Anda. Saat bertelefon dia akan menjauh atau mengecilkan suaranya. Pembicaraan biasanya singkat, tak sampai dua minit.

8. TANPA TELEFON RUMAH
Dia selalu berkelit bila Anda meminta nombor telefon rumahnya. Mengabulkannya sangat berbahaya, terutama jika dia sangat mencintai anak isterinya, dan tak pernah berfikir meninggalkan keluarga "hanya" untuk Anda.

9. JARANG MENYEBUT NAMA
Ia jarang menyebut nama Anda, dan lebih sering memanggil dengan sebutan Sayang atau yang lain. Panggilan ini cukup aman dan tidak akan membuatnya salah sebut saat bersama isterinya.

10. SERING MEMUJI ANDA
Ada saja yang membuatnya rajin melontarkan pujian. Jangan dulu menganggapnya gombal. Boleh jadi dia memang memuji, termasuk untuk hal-hal yang tak ditemuinya pada isterinya.

11. PULANG SEBELUM TENGAH MALAM
Hampir tiap hari Anda pergi berdua dengannya, tapi jarang sekali melewatkan saat tengah malam bersama. Walaupun sedang asyik berbual, dia akan mengajak Anda pulang dengan berbagai alasan.

12. MALAS MEMBAHAS STATUS


Setiap kali Anda bertanya tentang statusnya, dia akan menghindar sambil berkilah, yang penting ia menyayangi Anda.

13. SERING MEMBAYAR MAKAN DI LUAR DENGAN WANG TUNAI
Umm.. ini boleh jadi signal bahawa dia tidak ingin membayar dengan kad kredit atau kad ATM akan meninggalkan jejak transaksi makan malam dua porsi. Siapa tahu isterinya teliti dan memeriksa kewangan suaminya.

14. MERAHASIAKAN NOMBOR TELEFON YANG DIMILIKI
Dia punya ponsel lebih dari satu, tetapi hanya satu nombor yang dia berikan untuk Anda. Perhatikan apakah dia sering meninggalkan Anda saat sedang mengangkat telefon?

15. PUNYA JAM-JAM KHUSUS YANG TIDAK DAPAT DIGANGGU
Dia tidak pernah membalas pesan tertulis pada jam-jam istirehat malam atau jam-jam sepulang pejabat. Tentu saja, kerana dia sedang bersama isterinya. Sibuk membalas pesan SMS atau BBM hanya akan membuat isterinya curiga.

16. MELARANG ANDA BERKUNJUNG KE RUMAHNYA

Dia tidak pernah mahu mengajak Anda ke rumahnya. Ya tentu saja.. kerana ada isterinya di sana.

No comments:

Post a Comment